Friday, 10 August 2018

Usaha Perkim Manfaat Buat Rakyat

SHARE
Ustaz Ridzuan Hashim berucap dalam program tersebut.

Oleh: Mohd Haniff Abas

Usaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Terengganu menganjurkan program bersama masyarakat banyak mendatangkan manfaat dan secara langsung dapat memperkenalkan badan bukan kerajaan itu kepada masyarakat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, ianya merupakan usaha yang mulia iaitu menyampaikan dakwah Islam kepada setiap pelusuk masyarakat.

"Program seperti ini diharap dapat dipergiat dan dipertingkatkan lagi di tempat-tempat lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading," katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Ukhuwwah dan Integrasi Saudara Kita Bersama Masjid yang diadakan di Masjid Tanjung Sabtu, Manir,  semalam.

Seramai kira-kira 300 orang jemaah menyertai program tersebut. Ustaz Ridzuan Hashim turut menyampaikan cenderamata kepada kira-kira 30 orang mualaf yang menetap di sekitar Kawasan Kuala Nerus.

Ustaz Ridzuan Hashim yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Buluh Gading berkata, walaupun mereka saudara baru, kemungkinan mereka lebih hebat kedudukannya di sisi Allah SWT kerana taqwa tidak dapat diukur oleh sesiapa.

Menurutnya, begitu juga dalam merealisasikan hasrat kerajaan bertemakan Maju, Berkat Sejahtera, semua pihak harus berganding bahu melakukan usaha mengikut acuan Islam yang sebenar.

Turut hadir, Pengerusi Perkim Terengganu, Prof Dr Ramlee Abdullah dan timbalannya, Dato' Ismail Ali, panelis jemputan pendakwah terkenal, Firdaus Wong Wai Hun dan Ustaz Abdul Ghafar Mamat.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: