Wednesday, 29 August 2018

UPDI Platform Terbaik Rakyat

SHARE
Rombongan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Korporat UPDI, Mohd Amaturrahman Mat Jaafar. Foto - Solahuddin Al-Idrus
KUALA TERENGGANU - Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) mampu menjadi platform terbaik untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat mewakili Kerajaan Negeri Terengganu.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang, Dato' Toantowee Mohd Lotfie berkata, UPDI mempunyai sistem yang teratur bermula dari pengurusan peringkat atasan hingga operasi di peringkat bawah.

Dato' Toantowee (kiri) berucap dalam sesi taklimat tersebut.

"Semuanya bekerjasama untuk memastikan semua arahan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan sampai kepada rakyat," katanya.

Menurut beliau, lawatan ini sangat memberi manfaat dari sudut input pengurusan dan operasi agensi tersebut.

"Alhamdulillah, banyak input yang diperoleh dapat dibawa balik dan ditambah baik di Negeri Pahang dan penerangan negeri khususnya.

"Saya cukup berterima kasih di atas sambutan dan kesudian UPDI menerima kunjungan kami," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Lawatan PEJABAT SUK Negeri Pahang ke Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam (28 Ogos).

Sementara itu, Pengarah UPDI, Ustaz Mohd Soud Said berkata, kunjungan tersebut mampu membina hubungan yang baik dan berkongsi maklumat antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Ustaz Mohd Soud Said (dua dari kiri)  menyampaikan cenderamata kepada Dato' Toantowee.

Turut hadir, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, Pejabat SUK Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Mohd Zakaria Ibrahim dan Pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan UPDI.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: