Wednesday, 8 August 2018

Tindakan Segera Selesai Masalah Banjir Kilat Di Kawasan Sekolah

SHARE


Dr Azman mendengar laporan daripada pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Besut.
Oleh: Hidayah Azlin
Banjir kilat yang sering melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk sehingga menyebabkan kerosakan kepada bangunan serta peralatan sekolah akan diambil tindakan secepatnya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah laluan air yang tersumbat di bahagian belakang sekolah dikenal pasti sebagai punca utama air naik di kawasan terbabit.
“Saya menerima aduan berkaitan hal ini dari Jabatan Pendidikan Daerah semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah kelmarin.
“Justeru, pagi ini bersama Jabatan terlibat, kita mengambil tindakan segera untuk turun padang bagi membincangkan masalah ini di lokasi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Lawatan Kerja Ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jeruk, Jabi pada Isnin, 6 Julai.
Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, beliau memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk segera menyiapkan kertas pelan tindakan bagi penyelesaian segera.

“Kita minta penyelesaian dalam masa seminggu memandangkan musim tengkujuh akan bertandang tak lama lagi.
“Kelewatan akan menyebabkan kerosakkan dan kerugian berulang semula,” tambahnya.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: