Friday, 24 August 2018

Tiga Sahabat Lemas

SHARE
Khairil Ikmal Danial Zamzuradi

Shahir Aqil Shahrun

Ahmad Daniel Firdaus Zubir
KEMAMAN - Kegembiraan tujuh orang sahabat mandi-manda di Pantai Teluk Kalong, Kemaman, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan ombak dalam kejadian pada jam 6.30 petang, semalam.

Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan dan Shahir Aqil Shahrun, penuntut Politeknik Sultan Ibrahim, Johor , yang kesemuanya berusia 19 tahun dikhuatiri lemas  selepas dihanyutkan  arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain.

Ketika kejadian, kesemua mereka yang tinggal di daerah kemaman datang ke pantai tersebut pada jam 5.00 petang  untuk berkelah sempena menghabiskan cuti perayaan Hari Raya Aidiladha dan turun untuk mandi di pantai tersebut pada jam 6.00 petang.

Ahmad Haikal Zaaba
Menurut salah seorang rakan mangsa, Ahmad Haikal Zaaba, 19 , ketika ditemui berkata, ketika sedang mandi- manda, dia terdengar Mohd Daniel Firdaus menjerit meminta tolong kerana dihanyutkan arus ke tengah laut sebelum dua lagi mangsa bertindak menolongnya.

"Mula-mula kawan saya (mangsa) cuba menolong namun dia turut hanyut dan seorang  lagi cuba menolong  namun turut dihanyutkan ombak dan selepas itu kami cuba menolong namun kami juga hampir dihanyutkan ombak menyebabkan kami berpatah semula ke darat untuk meminta bantuan.

"Lima minit kemudian penduduk kampung datang untuk memberikan bantuan dan cuba mencari dengan menggunakan dua bot namun ombak besar menghalang bot dari keluar dari situ dan selepas itu ketiga-tiga kawan saya sudah tidak kelihatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai , Penguasa Kanan Bomba, Zailani Mohamad ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berkenaan kejadian tersebut pada jam 6.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa orang anggota.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang melakukan pencarian " surface " bagi mencari ketiga - tiga mangsa yang lemas.
Menurut Zailani, operasi mencari dan menyelamat pada sebelah malam dilakukan di sepanjang persisir pantai bersama kekuatan 55 orang anggota  dari pelbagai agensi bermula dari lokasi kali terakhir ketiga-tiga mangsa dilihat .

"Operasi kita pada malam tadi diteruskan lagi dengan membuat peninjauan di sekitar .radius lima ratus meter di kanan dan kiri lokasi terakhir  dipercayai lemas dan keanggotaan dan operasi  pada malam ini  dibantu oleh lain-lain agensi seperti pihak polis dan juga dari pihak  Angkatan Pertahanan Awam  Malaysia serta pihak  Maritim Malaysia," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat di laut dimulakan pada jam 7.00 pagi hari ini melibatkan pencarian di dasar laut pada skala radius yang besar serta aktiviti penyelaman akan dilakukan di sekitar kawasan  lokasi ketiga - tiga  mangsa hilang.


SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: