Tuesday, 21 August 2018

Tiada Pilih Kasih Bantuan Tabung Darul Iman

SHARE
Cikgu Wan Hapandi Wan Nik (kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima.


Oleh: Asraf Ikhwan

DUNGUN - Kerajaan akan memastikan tiada pilih kasih yang berlaku dalam pengagihan bantuan Tabung Darul Iman (TDI) demi manfaat rakyat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, beliau bersyukur kerana semua yang mencukupi syarat berjaya menerima bantuan TDI.

“Kerajaan Negeri Terengganu akan terus memastikan bantuan sebegini sampai kepada rakyat tanpa mengira agama, latar belakang parti, bangsa atau warna kulit, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengagihkan bantuan TDI kepada mereka yang layak, semalam (20 Ogos).


Menurut Cikgu Wan Hapandi Wan Nik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, kerajaan negeri berjanji akan memudahkan segala urusan permohonan bantuan dan akan memastikan karenah birokrasi tidak akan timbul lagi.

“Kita nak memudahkan semua masyarakat untuk mendapat bantuan.

“Isi borang dan cukup syarat, bantuan akan sampai secepat yang mungkin," katanya.


Turut hadir, Pengerusi Majlis Komuniti Kampung (MPKK) Miang, Mohd Yusoff Ismail dan Pengerusi MPKK Lembah, Ridzuan Mohammad Noor dan wakil dari Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).

SHARE

Author: verified_user

0 komen: