Friday, 17 August 2018

Terengganu Ucap Terima Kasih Kepada TV3

SHARE
Kuala Lumpur - Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dalam slot beritanya baru-baru ini menyiarkan lima janji manifesto PAS yang dilaksanakan dalam masa 100 hari pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. 

Serentak itu Kerajaan Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada stesyen televisyen berkenaan atas siaran tersebut. 

Dr Haji Alias Razak

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Menifesto PAS Negeri Terengganu, Dr Haji Alias Razak ketika dihubungi berkata, janji tersebut ialah mengembalikan semula tanah yang dirampas selepas pemerintahan PAS tahun 2004 dan menerima permohonan tanah baharu berstatus geran kekal. 

Katanya, rakyat Terengganu berusia 21 tahun ke atas boleh memohon untuk mendapatkan satu lot tapak kediaman atau satu unit rumah mampu milik. 

Permohonan telah dibuka dan pembinaan rumah2 baharu sedang berjalan.

"Turut dilaksanakan karnivel kahwin kali pertama secara percuma dibuat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

"Bekalan air percuma 20 meter padu kepada golongan miskin yang berdaftar dengan e-kasih dan berpendapatan rendah serta membuka Pusat Jagaan Kanak-kanak di setiap agensi kerajaan negeri, " ujarnya. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri berkata,  sebanyak 20 janji manifesto pilihanraya PAS telah dikemukakan kepada rakyat Terengganu dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) yang lalu.  

Ini termasuk menambah Sekolah Menengah Agama di setiap Parlimen dan Sekolah Rendah Agama di setiap DUN serta memberi geran tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Pengajian Pondok.

Mengecualikan cukai pintu rumah kediaman, mengurniakan pencen rakyat RM50 sebulan kepada warga emas yang layak, menambah keluasaan tanah rezab Melayu dari 118 hektar kepada 1000 hektar.

Dan memperuntukan Tabung Biasiswa Pelajar Cemerlang sebanyak RM5 juta setahun untuk anak-anak Terengganu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah pertama.

Janji tersebut dijangkakan dapat dilaksanakan sebelum Pilihanraya Umum Ke 15 (PRU15) akan datang. 
SHARE

Author: verified_user


0 komen: