Sunday, 19 August 2018

Terengganu Negeri Terendah Kes HFMD

SHARE
Dr Fauziah memberikan penerangan kepada penduduk Kampung Undang.
Sehingga Julai tahun ini, Terengganu menjadi antara negeri terendah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Kuala Terengganu, Dr Fauziah Mohammad Yusop berkata, walau bagaimanapun berlaku peningkatan kes di negeri itu berbanding tahun lalu.

"Tahun ini, kita mencatatkan 772 kes sehingga 13 Ogos dan jumlah paling tinggi adalah di Kuala Terengganu dengan lima wabak.

"Jumlah ini dijangka akan menurun selaras dengan tindakan dan pencegahan yang telah dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan di program Jelajah Berbasikal ke Dun Bukit Payung di Kampung Undang, Marang, kelmarin (17 Ogos).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah turut turun padang mendekati lima kampung untuk meninjau potensi pelancongan berasaskan alam sekitar.
Mohd Nor menyampaikan cenderahati kepada pengusaha terpilih.
Sementara itu, Dr Fauziah juga mengingatkan ibu bapa supaya terus mengamalkan penjagaan kebersihan dalam menguruskan anak.

"Jika ada simptom, sila bawa ke klinik segera kerana HFMD mudah berjangkit," tambahnya selain memaklumkan bahawa HFMD boleh menyebabkan radang lada selaput otak dan jantung jika berlarutan.






SHARE

Author: verified_user

0 komen: