Monday, 6 August 2018

Terengganu Mampu Bersaing Dengan Bandar Raya Lain

SHARE

Oleh : Azizah Mahmood

Draf Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus 2035  mahu menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mampu berdaya saing dengan bandar raya lain di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan , Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, setiap apa yang dirancang menjadi sumber rujukan pada pihak berkuasa tempatan.


"Draf rancangan tempatan akan menentukan keberhasilan sebuah daerah untuk hidup berdaya huni dan beberapa pembangunan lainnya dalam konteks Terengganu maju berkat dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Perundingan Bersama Ahli Majlis Bandaraya Kuala Terengganu di Dewan Gamelan Hotel Primula pada Ahad, 5 Ogos.

Menurutnya, amat penting mendengar taklimat dan memahami dengan sebaiknya apa yang disampaikan untuk melangkah setapak demi tapak ke hadapan.

Seramai 20 orang ahli majlis hadir dalam taklimat dalam program tersebut.



SHARE

Author: verified_user

0 komen: