Wednesday, 15 August 2018

Terengganu Jadi Tuan Rumah Boling Padang Asia

SHARE

Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berucap dalam sidang media tersebut. Foto - Solahuddin Al-Idrus


KUALA TERENGGANU - Terengganu bakal mencatat sejarah apabila terpilih menjadi tuan rumah Asian Lawn Bowl Beatiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018  yang akan berlangsung di gelanggang boling padang, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus.

Kejohanan selama 4 hari dan berakhir 28 Ogos depan itu  menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah bagi kejohanan itu merupakan satu pengiktirafan besar dan perlu dibanggakan.

Katanya,  pemilihan itu bermungkinan disebabkan  Terengganu memiliki kemudahan gelanggang boling padang antara yang terbesar di Asia.

''Gelanggang  yang dinaiktaraf membabitkan peruntukan RM6 juta  itu pernah dijadikan gelanggang temasya Sukan Malaysia (Sukma) dan pelbagai kejohanan sama ada peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sidang Media kejohanan sukan itu di Hotel Permai, petang ini.

Wan Sukairi berkata, seramai  118 atlet iaitu  88 atlet  tempatan dan 30 atlet luar negara membabitkan negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura menyatakan minat untuk beraksi dalam kejohanan tersebut.

“Kerajaan negeri percaya dengan penganjuran program seumpama itu berupaya menghimpunkan pemain-pemain boling padang professional dan amatur, selain menaikkan imej Terengganu di mata dunia,” katanya

SHARE

Author: verified_user

0 komen: