Friday, 31 August 2018

Terengganu FC lll Julang Piala Presiden 2018

SHARE
Ustaz Hishamuddin (tengah) meraikan kejayaan Piala Presiden 2018 bersama barisan pemain Terengganu FC III.
Oleh: Mohd Zukifli Mat

KUALA LUMPUR - Terengganu FC lll mengharumkan nama Negeri Terengganu apabila berjaya membawa pulang Piala Presiden 2018.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menegaskan ia satu bentuk konsep pembangunan bola sepak di dalam negeri ini.

"Walaupun dalam ruang yang terhad, ia tetap menjadi satu perkara yang perlu diteruskan.

"Justeru, kami bersyukur kepada Allah yang mengurniakan kejuaraan ini dan mengakui kedua-dua pasukan saling bersaing secara seimbang pada malam kelmarin," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan menentang Kedah FA dengan gol 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin (29 Ogos).

Menurut Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, semangat berpasukan yang dipamerkan bukan sahaja daripada pemain, malah membabitkan semangat berpasukan pihak pengurusan TFC III, PBSNT, penaja-penaja  dan paling istimewa semangat yang tidak pernah luntur daripada kalangan penyokong Terengganu.


"Mewakili Pengerusi PBSNT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua.

"Kejuaraan ini, kami hadiahkan buat seluruh rakyat Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu yang banyak membantu," tambahnya.

Turut menyaksikan perlawanan tersebut, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusof Mahadi dan pengurusan tertinggi FAM.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: