Saturday, 25 August 2018

Takziah Buat Keluarga Arwah Shahir

SHARE
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salju, dan embun, bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, istri/suaminya dengan istri/suami yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam surga, dan lindungilah ia dari siksaan kubur – atau dari siksaan neraka –

Mendengar perkhabaran sedih pemergian seorang atlet silat SUKMA Negeri Terengganu petang semalam ketika dalam perjalanan ke Jakarta bagi memberi sokongan kepada para atlet negeri yang mewakili negara.

Ucapan takziah kepada keluarga adik Shahir Aqil bin Shahrun di atas kehilangan anaknda tercinta.Semoga Allah swt memberikan  ketabahan menghadapi saat sulit ini.

Kami menyifatkan kehilangan beliau sebagai hilangnya sebutir permata yang sedang digilap bakatnya untuk memacu sukan pencak silat negeri Terengganu ke satu tahap yang boleh membanggakan nama negara khususnya negeri Terengganu.

Kepada pasukan SUKMA negeri Terengganu khususnya pasukan silat , saya menyeru supaya berita sedih ini  diterima dengan tabah dan kuatkan semangat pasukan demi matlamat yang dicitakan

Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hambanya yang bertakwa. Amin.

Wan Sukairi bin Wan Abdullah
Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO
Negeri Terengganu.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: