Monday, 20 August 2018

Tahniah! Terengganu FC IV Layak Ke Final

SHARE
Ustaz Hishamuddin (tengah dari belakang) bersama pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV.

 Oleh: Mohd Zukifli Mat

KUALA NERUS - Perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 menyaksikan pasukan Terengganu FC IV menumpaskan pasukan Melaka United U19 dengan agregat 4-3 selepas berhempas pulas di laman sendiri.

Mereka berentap di padang dengan 10 pemain selepas seorang pemain dikenakan kad merah pada minit yang ke-46.

Terengganu FC IV akhirnya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1.


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, perlawanan ini cukup mendebarkan terutamanya apabila pasukan Terengganu dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua.


"Perlawanan yang cukup mendebarkan. Saya bangga dengan kesungguhan pemain-pemain pasukan Terengganu FC IV," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas oleh pemberita selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala Belia 2018 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, semalam (19 Ogos).

"Walau bagaimanapun, Terengganu bangkit mempamerkan aksi luar biasa apabila menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan.

"Saya optimis dan berharap agar Terengganu dapat membawa pulang piala tersebut dan terus mempamerkan aksi yang luar biasa di pusingan akhir nanti," ujarnya.

Ustaz Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh turut serta menyaksikan perlawanan tersebut.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: