Friday, 31 August 2018

Sungai Ulu Kasar Bakal Jadi Tarikan Utama DUN Langkap

SHARE
Sungai Ulu Kasar dikunjungi ramai orang terutama pada cuti persekolahan.
Oleh: Ariss Alias

SETIU - Sungai Ulu Kasar bakal menjadi tarikan utama pengunjung dari dalam dan luar daerah Setiu terutamanya ketika hari minggu dan cuti perayaan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, kawasan perkelahan tersebut mempunyai air yang sangat jernih dan arusnya tidak deras.

"Kawasan ini menjadi tarikan utama sepanjang tahun kerana tidak mengalami fenomena 'kepala air' yang sering berlaku di tempat lain sekiranya hujan lebat di kawasan hulu sungai.

"Kawasan tempat letak kereta yang luas juga amat memudahkan pengunjung meletakkan kenderaan," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu melawat tapak perkelahan Ulu Kasar di Merbau Menyusut, hari ini (31 Ogos).

Menurut Azmi Maarof, beliau menerima aduan seperti ketiadaan infrastruktur asas seperti tandas, bilik persalinan yang sempurna dan surau yang perlu dibina untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Kami akan menyelesaikan masalah ini dengan segera dan sewajarnya supaya memudahkan pelawat-pelawat yang datang untuk bercuti bersama keluarga," ujarnya.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Merbau Menyusut, Mohd Zamri Embong.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: