Tuesday, 21 August 2018

SUKMA 2018 : Yakin Capai Misi Menang Kembali

SHARE
Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah

Oleh: Athiyah Sakinah

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu yakin akan mencapai sasaran menjadi juara Sukan Malaysia (SUKMA) untuk kali yang kelima dengan moto ‘Win Back Mission’.

Pengerusi Jawantankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan kontinjen Terengganu yang akan mmenyertai SUKMA yang akan diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan bermula 12 hingga 22, September ini.

“SUKMA ini merupakan sukan yang terbesar di peringkat kebangsaan dan diadakan dua tahun sekali dan negeri Terengganu pernah  menjuarai sebanyak empat  kali berturut-turut,

“iaitu  pada tahun 2008, 2010, 2011 dan 2012 (serta) kali ini juga Negeri Terengganu mensasarkan untuk kemenangan kali yang kelima,” tegasnya.

Wan Sukairi yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata, beliau telah pun mengikuti perkembangan latihan-latihan yang diadakan dan saya lihat atlet-atlet kita begitu bersemangat dan bertungkus lumus untuk siapkan diri dengan persiapan yg terakhir.

“Mereka juga turut berazam untuk  merampas kembali kejuaraan sukma di peringkat kebangsaan untuk kali ini,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya, Wisma Darul Iman, pada Ahad 19 Ogos.

Menurut beliau lagi , Terengganu akan menghantar seramai 555 orang atlet dengan 314 atlet lelaki manakala seramai 214 atlet wanita.

Katanya, sebanyak 29 acara yang akan dipertandingkan,  dan daripada keseluruhan acara-acara tersebut sepuluh yang akan menjadi sasaran.

“Sasaran untuk mendapat emas diantaranya ialah acara berbasikal yang menjadi acara "favourite" atau pun acara kegemaran Terengganu yang keduanya acara  judo, takraw, acara silat, olahraga, menembak, memanah, boling padang, bola sepak dan juga angkat berat,

“Sepuluh acara ini adalah acara yang kita meletakkan target yang besar untuk memperolehi pingat emas,” ujarnya.

Setakat ini, katanya, sebanyak 53 emas, 28 perak dan juga 42 gangsa yang telah menjadi sasaran Terengganu .

Justeru itu, untuk lebih menyemarakkan lagi semangat para atlet, beliau berkata, pihak Majlis Sukan Negeri telah melantik bapa-bapa angkat sukan yang akan disertai, terdiri daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat daripada kerajaan dan jabatan yang tertentu.

“Kita telah melangsungkan acara penyerahan…..pelantikan bapa angkat bersama dengan semua atlet yang diadakan di Wisma Darul Iman baru-baru ini,” tambah beliau
SHARE

Author: verified_user

0 komen: