Tuesday, 7 August 2018

Salur Bantuan E-Kasih Secara Cekap Dan Berkesan

SHARE


Oleh: Mohd Asraf Ikhwan Azahar

Kepimpinan PAS harus memastikan pengurusan pemilihan dan penyaluran bantuan E-Kasih kepada rakyat  dilakukan dengan cekap dan berkesan bagi membela nasib golongan yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik berkata, bantuan perlu diagihkan secara sama rata tanpa mengira warna kulit, kaum, agama dan parti.

“Apabila kita fokus kepada kawasan tertentu sahaja, kadangkala ada tempat atau golongan lain yang mungkin terlepas pandang,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam Program Pengagihan Bantuan E-Kasih pada Isnin, 6 Ogos.

Katanya, walaupun kita berada dalam zaman kegawatan ekonomi, tidak sepatutnya ada pihak atau golongan tercicir daripada menerima bantuan.

“Kalau semua berpakat pergi tempat A, janganlah ke situ semuanya. Kita kena pergi ke tempat B dan C juga.

“Maka bantuan akan diagihkan secara sama rata dan saksama,” katanya.


Turut hadir, Pengerusi-pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Setempat (MPKK) setempat, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), dan beberapa agensi dari kerajaan seperti Pejabat Agama Daerah Dungun, Pejabat Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.




SHARE

Author: verified_user

0 komen: