Saturday, 25 August 2018

Pusat Khidmat Bergerak Bantu Ringan Beban Masyarakat

SHARE
Haji Amzad Hashim (kanan) berucap kepada hadirin di Pusat Khidmat Bergerak.
Oleh: Syed Kamal

KUALA TERENGGANU - Pusat Khidmat Bergerak yang telah berlangsung kali kedua ini menjadi tumpuan orang ramai.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim berkata, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sukar untuk ke pusat kesihatan atas alasan-alasan tertentu.

"Jadi, kami mengambil inisiatif ini bagi mempermudahkan golongan-golongan ini membuat pemeriksaan kesihatan secara bergerak dan percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Pusat Khidmat Bergerak di Surau Kampung Ladang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, semalam (24 Ogos).


Program ini bertujuan untuk memastikan penduduk setempat yang sukar ke pusat kesihatan agar mendapat kemudahan memeriksa kesihatan yang dijalankan secara percuma serta layanan yang baik oleh pegawai kesihatan yang bertugas.

Pegawai kesihatan ini merupakan sukarelawan yang secara sukarela membantu kerja kemasyarakatan di bawah Persatuan Kuala Terengganu Medical Team.

Pusat Khidmat Bergerak ini merupakan program bulanan yang dijalankan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu yang setiap 1 bulan akan beroperasi di 1 Dun di dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Kira-kira 40 hingga 60 orang kampung hadir bagi memeriksa kesihatan secara percuma.

Terdahulu, Pusat Khidmat Bergerak ini diadakan di Kampung Tokku. Kali ini pula bertapak di Surau Kampung Ladang atau lebih dikenali sebagai Surau Ustaz Azhar.

Turut hadir, wakil Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang dan wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ladang.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: