Saturday, 4 August 2018

Projek Pembangunan Air Bersih Atasi Masalah Air Di Pengkalan Berangan

SHARE
Sulaiman Sulong.
Projek pembangunan air bersih dan penggantian paip baharu akan dilaksanakan bermula tahun depan dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Pengkalan Berangan dan sekitarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, pelaksanaan projek itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lalu.

"Masalah air sekian lama di kawasan ini sebenarnya berpunca daripada paip-paip lama yang tidak dapat diganti berikutan kos tinggi dan kurang efektif," katanya ketika menjawab soalan dalam Majlis Soal Jawab Isu di Bukit Payung, Marang, hari ini.

Sulaiman menjelaskan, pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Syarikat Air Terengganu (SATU) yang merangka tindakan lebih efisien sebagai penyelesaian.

"Pihak SATU telah menaikkan tekanan air bagi kawasan terlibat. Bagaimanapun, paip tidak dapat menampung tekanan menyebabkan paip sering pecah dibeberapa kawasan.

"Jadi kita harap pelan tindakan yang  akan dilaksanakan dapat menyelesaikan masalah ini," jelasnya lagi.


Majlis anjuran Dewan Muslimat PAS Marang itu dihadiri lebih 50 orang yang mengutarakan soal jawab isu-isu pada Sidang DUN yang lalu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: