Friday, 31 August 2018

Pertandingan Memancing Medan Erat Silaturrahim

SHARE
Azmi Maarof (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan tersebut.
SETIU - Pertandingan memancing mengumpulkan kaki pancing berentap dalam aktiviti yang sihat dan sangat bermanfaat sekaligus menjadi medan untuk merapatkan hubungan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof berkata, aktiviti ini unik yang mampu menarik perhatian penduduk setempat tidak kira jantina, mahupun tua dan muda.

"Saya merasa amat teruja melihat kemeriahan pertandingan pada hari ini.

"Ianya merupakan pertandingan tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan persaudaraan penduduk," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Pertandingan Memancing Joran Tradisional Tertutup 2018 Kampung Kasar anjuran Kelab Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kasar dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kasar, hari ini (31 Ogos).

Pertandingan yang bermula pada jam 8.00 pagi mendapat sambutan hangat warga Kampung Kasar yang mencatatkan kira-kira 97 orang penyertaan terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.

Beliau turut berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan.


Turut hadir, Penolong Penyelia Kemasyarakatan dan Kebajikan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Langkap, Ahmad Nor dan Pengerusi MPKK Kampung Kasar.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: