Sunday, 5 August 2018

Penjawat Awam Harus Utamakan Displin

SHARE

Setiap penjawat awam haruslah menitikberatkan soal displin di tempat kerja bertujuan menjadikan nilai intergriti sebagai budaya kerja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, arahan perbendaharaan juga perlu dipatuhi bagi memastikan setiap proses kerja dapat dilakukan dengan cara betul dan berperaturan.

Katanya, pengurusan kewangan yang teratur penting bagi memastikan perbelanjaan berhemah di setiap jabatan.

"Paling penting, kakitangan perlu menjadikan prinsip Islam sebagai asas dalam pentadbiran, ekonomi yang bebas rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.


"Pada masa sama, setiap jabatan perlu memanfaatkan penggunaan teknologi dalam perkhidmatan masing- masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jasamu Dikenang, di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini.

Pada majlis itu seramai 71 kakitangan cemerlang termasuk 18 kakitangan yang bersara dirai.


A. Rahman berkata, elemen inovasi perlu diterapkan dalam setiap program atau proses kerja yang dilakukan bagi memberi nilai tambah baharu kepada setiap program.

Katanya, kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan usaha penjawat awam dalam meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan.

"Insentif kecemerlangan yang diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan kakitangan untuk terus memberi sepenuh perhatian dan daya usaha ke arah meningkatkan mutu kerja yang berkualiti tinggi,"katanya.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: