Saturday, 4 August 2018

Pengerusi MPKK, Ketua Kampung Untuk Semua

SHARE
Ustaz Mohd Nor (berjubah)  ketika bersalaman dengan peserta Kem J3K Daerah Kemaman di TER Kuala Ibai Kuala Terengganu.

Oleh : Suhaimi Taib

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  adalah ketua kampung untuk semua,  tidak terhad untuk satu parti sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri,  Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata,  mereka berperanan sebagai pemimpin kepada semua penduduk di sesuatu kampung tidak lagi hanya untuk PAS sahaja.

"Justeru Pengerusi MPKK mesti mengambil cakna hal ehwal semua penduduk kampung tanpa mengira latarbelakang agama,  kaum dan politik, " katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kem Jati Diri J3K Daerah Kemaman di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd Noor menjelaskan, itu semua penting supaya segala masalah penduduk kampung dapat diselesaikan dengan jayanya.

Tambahnya lagi, penduduk kampung tanpa mengira latar belakang mereka adalah rakyat Negeri Terengganu yang berhak  memperolehi apa sahaja keperluan untuk rakyat di peringkat kampung.

"Ahli Jawatankuasa MPKK harus mengikis imej sebagai pembangkang kerana sekarang PAS sudah memerintah negeri Terengganu semula.

"Kita sudah menjadi kerajaan bukan lagi pembangkang,  jadi imej dan sikap pembangkang hendaklah dibuang, " tegasnya.

Di samping itu katanya, mereka juga bertugas sebagai wakil kerajaan dan semestinya melaksanakan dasar kerajaan di peringkat kampung.

Add caption

Katanya, mereka juga perlu bersedia menghadapi segala kerenah penduduk kampung termasuk bersedia melayan panggilan telepon dilewat malam atau awal pagi.

"Saya pernah menerima panggilan penduduk kampung saya,  jam 3.00 pagi, minta saya cari anak lelakinya tidak balik ke rumah.

 "Saya terus menunggang motorsikal untuk ke rumah penduduk berkenaan dan kemudiannya cuba mencari anaknya,  walaupun saya pasti tidak akan menemuinya, " jelas beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong.

Yang penting, katanya, seorang pemimpin perlu melayan kerenah rakyatnya supaya mereka dapat diberi perhatian sewajarnya.

Sementara itu,  Kerajaan Negeri mengalu-ngalukan tiga orang Ahli Jawatankuasa MPKK berbangsa Tionghua dari Kampung Cina, Cukai Kemaman kerana sudi bertugas sebagai anggota kerajaan di peringkat akar umbi.

 Kesudian mereka melambangkan kepercayaan mereka bahawa Kerajaan Terengganu mahukan kesejahteraan dan kemajuan untuk semua rakyat negeri itu, tanpa mengambil kira latar belakang mereka.

Mereka itu ialah Pengerusi MPKK,  Lip Woob Chang, Stiausahanya, Low Jin Lee dan bendaharinya,  Lee Hwa Jee.

Mohd Nor meminta ketiga-tiga orang ahli jawatankuasa berkenaan bangun memperkenalkan diri di majlis tersebut dan tepukan gemuruh diberikan untuk mereka oleh peserta kem berkenaan.

SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: