Saturday, 11 August 2018

Orang Muda Tidak Dipinggir

SHARE
Dr Azman Ibrahim beramah mesra dengan pemain bola sepak dari kedua-dua kumpulan.

Oleh: Hidayah Azlin

Orang Muda tidak akan dipinggir malah menjadi aset terpenting untuk membangunkan Negeri Terengganu yang maju, berkat dan sejahtera.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, agenda kita tidak pernah mengetepikan orang muda dan orang muda menjadi keutamaan dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu.

"Manfaatkanlah kemudahan yang ada ini dengan sebaiknya dan kembangkanlah bakat yang ada untuk kesihatan yang terbaik," tambahnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tirai Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Jabi di Padang Bola Kampung Kerandang, semalam.

Menurut Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, seramai 20 pasukan menyertai kejohanan pada tahun ini dari seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.

"DUN Jabi merupakan DUN pertama menganjurkan kejohanan seumpama ini di Terengganu selepas peralihan kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Sementara itu, Pengarah Kejohanan Bola Sepak Piala DUN Jabi, Nik Mohd Zin Said berkata, kalah menang ialah adat permainan.

"Dalam merebut juara, pemain haruslah berdisiplin tinggi untuk mencapai matlamat yang disasarkan," tambahnya.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Kepala Gajah A FC dengan jaringan 1 gol mendahului Felda Selasih 0.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: