Friday, 24 August 2018

Nyaris Maut Akibat Melanggar Isyarat Lampu Merah

SHARE
Superitendan Mohd Said Ibrahim.
KEMAMAN - Gara-gara melanggar lampu isyarat merah, seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza melanggar sebuah lori di kilometer 140, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan di persimpangan lampu isyarat Kilang Besi Eastern Steel, Teluk Kalong, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Mohd Said ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut dan kejadian berlaku pada jam 7.30 lagi.

Menurutnya, ketika kejadian, kereta terbabit yang dipandu oleh Siti Jamalia Mohd, 28, dalam perjalanan dari Bandar Chukai menuju ke Kampung Kemasek.

Tambahnya, setiba di persimpangan lampu isyarat tersebut, kereta yang dipandunya tidak berhenti pada lampu isyarat merah dan pada masa yang sama sebuah lori 10 tan yang dipandu oleh seorang lelaki keluar dari persimpangan tersebut.

"Lori tersebut keluar dari persimpangan setelah isyarat lampu hijau menyebabkan kereta tersebut telah melanggar bahagian hadapan kiri tayar lori tersebut.

"Akibat dari perlanggaran tersebut, lori terbabit telah hilang kawalan dan melanggar sebatang tiang lampu sebelum terbalik," katanya.

Keadaan lori yang terbalik selepas dilanggar oleh kenderaan tersebut.
Mohd Said berkata, kedua - dua pemandu lori dan kereta terbabit telah mengalami kecederaan ringan di kepala dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman.

"Kedua-dua nya telah menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil dan telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya.

Tambah Mohd Said, kejadian tersebut akan disiasat di bawah undang-undang 17 LN 167/59 kerana tidak mematuhi arahan lampu isyarat.
SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: