Saturday, 4 August 2018

MPKK Perlu Ubah Dilabel Negatif

SHARE

Oleh : Rohayati  Ripin

Konotasi Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) sebelum ini membawa gambaran negatif  apabila ianya dikaitkan dengan amalan 'kronisme', kaki projek dan 'pilih kasih'.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Marang, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail berkata, apabila disebut J3K masyarakat memandang negatif kerana sebelum ini mereka didakwa mengambil duit sahaja tanpa buat sesuatu perkara.

“Adakah kita nak dilabelkan dengan perkara yang sama ataupun tidak..Bagaimanapun bukan semua JK3 dulu lagu (macam) itu tapi biasalah ada yang buat perangai maka terpalit semuanya.

“Kalau selama ini kita gambarkan  J3K sebelum ini negatif pada dari pandangan , maka kita nak kena ubah persepsi diri sendiri dan juga di kalangan masyarakat. Inilah yang kita nak realisasikan pada masyarakat insyaAllah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan pada kem Jati Diri Terengganu Sejahtera 2018 Daerah Kemaman di The Regency Waterfront Kuala Terengganu, semalam.

Wan Ahmad Zuki berkata, semua penjawatan terdahulu dalam J3K akan diguna pakai bagi ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu.

“Maka apa yang kita (MPKK) buat dan urus adalah orang di bawah pentadbiran kita.

“Kita diberi amanah memerintah Negeri Terengganu takkanlah Menteri Besar nak turun kampung…nak buat kerja nak tanya sorang-sorang masyarakat dengan masalah yang mereka hadapi,” jelasnya.

Menurutnya, pemimpin PAS yang dipilih dan diberi amanah untuk memimpin masyarakat di peringkat asas akar umbi perlu melaksanakan tanggungjawab itu dengan komited dan ikhlas.

“Sebenarnya bila kerja yang berkait dengan kebajikan masyarakat dan soal pengurusan kebajikan rakyat maka kita adalah pelaksana bagi dasar pemerintahan.

“Jadi tuan-tuan kena faham kita yang dilantik penerima amanah sebagai J3K (MPKK) adalah satu organisasi yang bukan datang bersifat untuk mencari keuntungan sebagaimana kita buka syarikat.


“Sebaliknya kita mewakili rakyat di peringkat bawahan maka tuan-tuan dari sudut skop kerja sekarang kena berhadapan dengan masyarakat kampung,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, persiapan rohani perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan rakyat tidak kira dari mana-mana parti pun termasuk PAS, UMNO, Pakatan Harapan (PH) ataupun atas pagar kerana mereka adalah di bawah pengurusan pentadbiran negeri.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: