Monday, 6 August 2018

MPKK Diingatkan Bersifat Adil

SHARE

Oleh: Adli Mohamad

Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diingatkan supaya bersifat adil  dan jangan melakukan hal yang sama seperti pemerintahan yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pemimpin jangan sesekali mengamalkan politik yang berasaskan dendam kerana ia tidak berkesudahan.

Katanya, jangan dibezakan di antara satu sama lain kerana pemimpin yang telah dipilih adalah pemimpin rakyat bukan pemimpin khusus untuk mana-mana parti.

"Ada mak cik datang jumpa saya dan bertanya adakah bantuan untuknya akan disekat kerana mengundi Barisan Nasional.

 “Dulu setiap permohonan melalui surat diasingkan melalui dua peti iaitu peti hijau dan satu peti biru. Biasanya surat dalam peti hijau tidak akan dilayan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Kem Jati Diri MPKK Terengganu Sejahtera 2018 peringkat daerah Dungun di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai pada Sabtu, 4 Ogos. 

Menurutnya, peralihan kuasa di Terengganu telah berlaku dalam keadaan yang tenang dan keadaan ini akan memberi harapan serta potensi untuk menarik lebih ramai orang.

“Suatu titik persamaan perlu diwujudkan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat. Sepanjang tiga bulan memerintah, tiada seorang pun kakitangan kerajaan disingkirkan, dan keadaan yang diamalkan ini telah menyebabkan negeri lain memberi pujian yang positif kepada Kerajaan Negeri Terengganu," tegasnya.


Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.

Terengganu antara negeri yang paling cepat berlaku peralihan kuasa berbanding negeri yang diperintah oleh Pakatan Harapan.




SHARE

Author: verified_user

0 komen: