Wednesday, 22 August 2018

Mohd Bekal 150 Ekor Lembu Untuk Aidiladha

SHARE
Mohd Mat Zin ditemui dikandang lembu beliau.


MARANG - Menjelang Aidiladha disambut hari ini, lebih 150 ekor lembu berjaya dijual pengusaha ternakan lembu, Mohd Mat Zin.

Mohd yang lebih dikenali sebagai Pok Li berkata, permintaan untuk program korban datang dari Daerah Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu.

"Tahun ini jualan untuk korban sedikit berkurang kerana ramai pengusaha- pengusaha ternakan baharu. Tetapi, permintaan untuk sembelihan rancak seperti biasa," katanya ketika ditemui di Kampung Undang, di sini.

Lembu Charolais antara jenis lembu yang dipelihara.

Bapa kepada enam anak lelaki dan empat anak perempuan itu memiliki 90 ekor lembu dan 40 ekor kerbau hasil usahanya sejak 20 tahun lalu.

"Bagi memenuhi keperluan korban setiap tahun, saya mendapatkan bekalan sekitar 100 ekor lembu daripada Thailand dan negeri lain," katanya.

Mohd dipilih sebagai pengusaha pilihan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Mohd Nor Hamzah dalam Program Berbasikal ke DUN itu, baru-baru ini.

Pemilihan tersebut menjadikan beliau contoh kepada masyarakat dalam usaha kerajaan negeri menggalakkan anak-anak muda menceburi bidang pertanian dan penternakan.

Mohd bersama plak penghargaan yang diterimanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: