Monday, 6 August 2018

'Mobile Team' Paka Inisiatif Bantu Rakyat

SHARE

Oleh: Muhd Lukman

Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Paka terus komited dan prihatin dalam membantu masyarakat. Dengan adanya 'Mobile Team' yang bergerak secara aktif, ianya diharap dapat berjalan dengan baik dan mendekatkan rakyat dan pemimpin.

Muhd Wirdan Shahidan yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, khidmat kumpulan ini berkonsepkan lawatan rumah ke rumah.

"Kita akan mengenal pasti bentuk bantuan yang bersesuaian terhadap peserta terpilih dan akan berusaha menghulur bantuan secepatnya melalui agensi kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu lawatan ke rumah salah seorang pemohon Program 'Mobile Team' di Kampung Nyior hari ini.

Ahmad Al-Hafiz Abdul Rahman, 32, mempunyai tanggungan isteri dan 3 orang anak. Beliau menghidap penyakit buah pinggang, darah tinggi dan gout.

Al-Hafiz hanya bekerja sendiri manakala isterinya sebagai tukang sapu di sekolah rendah. Sumbangan berbentuk makanan diagihkan kepada beliau daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Program ini dihadiri oleh wakil JKM, Khairul Mubin Abdullah, wakil E-Kasih, Syuriati Abdullah, wakil Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu, Asrulkhamal Mohd Suhaimi dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ustaz Busra Muda.

Pihak yang terlibat berjanji akan menyelesaikan permohonan ini dalam masa terdekat melalui mesyuarat yang akan datang. Muhd Wirdan Shahidan mengharapkan permohonan ini diluluskan supaya dapat mengurangkan beban keluarga pemohon yang terlibat.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: