Monday, 6 August 2018

Mayat Lelaki Lemas Ditemui

SHARE
Razhi Razak
Mayat seorang lelaki yang lemas selepas terjatuh dari sebuah bot nelayan yang sedang berlabuh di jeti pendaratan ikan, Kompleks Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, ditemui di Muara Sungai Dungun, pagi tadi. 

Mayat Rhazi Razak, 32, ditemui terapung di muara sungai tersebut dengan berpakaian lengkap oleh anggota mencari dan menyelamat kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Bomba Bahagian Operasi, Mohd Mazimi Mohammad ketika dihubungi berkata, mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari yang menjalankan pencarian di permukaan air pada pukul 8.45  pagi.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada jam 7.00 pagi melibatkan seramai 51 orang anggota dari JBPM, Angkatan Pertahanan Awam, polis dan orang ramai.

"Operasi pada hari ini melibatkan jarak pencarian pada radius yang  besar bermula  di  lokasi mangsa terjatuh sehingga ke muara sungai melibatkan aktiviti pencarian di permukaan air dan di perisisir sungai.

"Mayat mangsa telah ditemui oleh orang awam yang membantu dan ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian kemeja-t dan berseluar jeans," katanya.

Sementara itu, pihaknya turut mendapatkan khidmat pasukan skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai untuk melakukan selaman namun operasi tersebut tidak dapat dijalankan berikutan mayat mangsa telah ditemui lebih awal.

"Keadaan laluan di sepanjang muara yang sibuk dengan bot nelayan dan air pasang serta  arus yang deras menyukarkan sedikit operasi mencari dan menyelamat namun kita bersyukur mayat mangsa telah ditemui," ujarnya.

Operasi mencari dan menyelamat telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.10 pagi.

Mayat mangsa dibawa naik ke jeti untuk diserahkan kepada pihak hospital.
Dalam kejadian jam 7.00 petang semalam tersebut, mangsa dikatakan telah tergelincir dari bot ketika berada bersama lima orang lagi rakannya.

Pihak bomba yang menerima panggilan pada jam 7.04 petang telah bergegas ke lokasi  kejadian bersama 9 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun. Operasi pencarian di sekitar tebing sungai  telah dilakukan namun tidak berjaya menemuinya.
SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: