Tuesday, 21 August 2018

Maut Tangan Tersepit Mesin

SHARE
DUNGUN - Seorang lelaki maut selepas putus tangan kirinya akibat  tersepit di besi pedati semasa sedang mengendalikan sebuah 'conveyor' ketika sedang bekerja di kawasan lombong bijih besi di Bukit Besi, Dungun,  malam tadi. 

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu , Ganesh Munisamy, 54, yang putus tangan hingga ke bahu itu disahkan meninggal ketika dalam perjalanan  ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah, Supritenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.

Ganesh Muniasamy.
Menurut Baharudin, ketika kejadian  angsa dikatakan sedang mengawasi mesin tersebut  yang sedang bergerak untuk mengasingkan bijih besi. 

"Ketika mangsa sedang cuba membuang bijih besi yang tersangkut pada pedati itu, tangannya telah digilis pedati itu hingga putus.

"Rakan mangsa yang mendengar jeritan kuat mangsa bertindak membantu sebelum mengejarkan mangsa dan membawa tangannya yang putus itu ke Klinik Kesihatan berhampiran," katanya. 

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal sejurus tiba di klinik itu akibat mengalami kecederaan yang parah dalam kejadian tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik untuk siasatan lanjut.

Baharudin berkata, mayat mendiang kemudiannya dibawa ke Unit  Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. 

"Isteri mangsa yang tinggal di Lorong Seri Inderapura Kuantan telah dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa suaminya itu,"katanya. 

SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: