Tuesday, 28 August 2018

Manifesto Pakatan Harapan Hanya Janji Manis

SHARE


Oleh: Ahmad Syahid Adnan

Pelbagai janji yang ditaburkan Pakatan Harapan (PH) sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hanya mainan politik dalam usaha meraih simpati dan sokongan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, ianya lebih kepada janji-janji manis kerana setelah berjaya membentuk kerajaan persekutuan, 10 manifesto yang dijanjikan dalam masa 100 hari pemerintahan masih belum ditunaikan sepenuhnya.

“Tiada satu pun manifesto yang diselesaikan oleh kerajaan pusat yang mana telah memungkiri janji yang dinyatakan kepada rakyat.

"Kalau diberikan 10 soalan dalam peperiksaan, tiada satu pun jawapan yang betul diberikan oleh mereka." ujarnya ketika berucap sempena kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, di Markas Pas Taman Desa Ria, malam tadi.

Turut hadir, calon PAS DUN Seri Setia, Dr Halimah Ali, Timbalan Presiden PAS Pusat Idris Ahmad serta ADUN Air Putih Ab. Razak Ibrahim.

Sementara itu, Idris berkata, maklum balas kerajaan pusat terhadap isu-isu semasa seperti royalti minyak, LGBT adalah antara kes yang gagal diselesaikan.

"Bayangkan antara isu terkini iaitu LGBT, jika diberikan hak dalam masyarakat maka ini akan menjadi salah satu tanda menghala kearah kemungkaran yang berleluasa," katanya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: