Thursday, 30 August 2018

Lagi Kematian Ketika Bermain Badminton

SHARE
Mazlan Embong.
DUNGUN - Kegembiraan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermain badminton bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia ketika bermain permainan itu dalam kejadian di Jalan Nibong, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu , Mazlan Embong, 57, seorang Ketua Teknikal Bahagian Pembahagian, TNB Dungun , disahkan meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan Badminton TNB.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian tersebut.

Menurut Baharudin, mangsa  bermain bersama tiga orang lagi rakannya dan mangsa baru 15 minit berada di dalam gelanggang itu dan ketika itu dia sedang mengambil servis

"Mangsa dikatakan tiba-tiba rebah, dan melihat kepada keadaan itu rakan mangsa cuba memberi bantuan penafasan namun tidak berjaya sebelum menghubungi pihak hospital," katanya.

Tambah Baharudin, sepasukan anggota perubatan daripada Hospital Dungun yang tiba tidak lama kemudian telah  memeriksa keadaan mangsa dan  mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. 

"Anggota perubatan telah memberikan bantuan kecemasan namun mangsa tidak memberikan sebarang respon dan disahkan telah meninggal dunia dan menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, " katanya.

Mayat mangsa ditutup dengan kain setelah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Jenazah mangsa kemudiannya dibawa anggota polis ke Unit  Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak keluarga untuk pengurusan pengebumian.

Kes kematian akibat bermain permainan badminton merupakan kes yang kedua dalam minggu ini di mana pada hari Isnin lalu seorang jurutera sebuah syarikat penyelenggaraan industri minyak ditemui mati oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan.

Jurutera yang berumur 36 tahun itu diserang penyakit jantung ketika hampir tiba di rumahnya dan mangsa juga baru sahaja selesai bermain permainan itu di Dewan Sivik Paka ketika hari kejadian.

SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: