Sunday, 12 August 2018

Ladang Projek Kelapa Gagal, Telan Belanja Hampir RM5 Juta

SHARE
Dr Azman Ibrahim ceria sewaktu lawatan kerja ke Chalok.

Oleh: Ariss Alias

Kerajaan Terengganu komited untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pekebun kelapa di Ladang Projek Kelapa Kubang Puyu, Chalok di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim  berkata, lawatan yang diadakan bertujuan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah pengurusan yang dihadapi.

"Projek ini yang dijalankan sejak tahun 2011 mengalami kegagalan dan menelan belanja hampir RM5 juta", ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sewaktu Lawatan Kerja Ke Ladang Projek Kelapa, Kubang Puyu, pada 9 Ogos.


Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pihaknya akan  mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian dan membina kemudahan yang mampu melonjakkan impak kepada ekonomi masyarakat sekitar.

"Ini adalah untuk membina rantaian ekonomi kepada semua pihak dengan mengambil kira pandangan masyarakat setempat," ujarnya.

Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Pembangunan Unit Perancang Ekonomi Negeri, Wan Khalid Wan Jusoh, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir dan Pegawai Penyelaras DUN Langkap, Azmi Maarof.


SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: