Friday, 24 August 2018

Kunjungan Haji Yahaya Eratkan Hubungan Dua Hala

SHARE
Haji Yahaya (duduk) menandatangani buku pelawat DUN Kelantan. -Gambar Saiful Mustafa. 


KOTA BHARU - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato' Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob di Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim di sini 19 Ogos.

Haji Yahaya bersama 20 pegawai dan kakitangan Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu kemudiannya mengadakan lawatan sambil kerja ke Pejabat DUN Kelantan bagi meninjau perjalanan pentadbiran dewan berkenaan pada 20 Ogos.

Satu perjumpaan bersama antara kedua-dua institusi itu diatur untuk bertukar-tukar maklumat bagi mengukuhkan kedua-duanya sebagai badan legislatif kerajaan masing-masing.

Rombongan Pejabat Yang Dipertua DUN Terengganu diketuai oleh Haji Yahaya sendiri bersama isteri Hajjah Zarani Othman disertai Setiausaha DUN, Encik Zulkifly Isa, pegawai dan kakitangan yang lain.

Manakala Pejabat Speaker DUN Kelantan dipimpin oleh Speakernya, Dato' Haji Abdullah Yaakob disertai oleh Setiausaha DUN, Encik Nik Khairul Anuar Nik Yusoff dan beberapa orang pegawai serta kakitangannya.

Dengan kunjungan tersebut kedua-dua pihak dapat bertukar-tukar maklumat bagi melakukan penambahbaikan institusi masing-masing di samping mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sudah sedia terjalin .

Kedua-dua institusi berkenaan berada dibawah pentadbiran Kerajaan PAS.
 Kelantan bermula tahun 1990 manakala Terengganu bermula tahun ini.

Sebelum itu Terengganu dua kali pernah ditadbir oleh PAS termasuk dalam tahun 1959 hingga 1961 dan tahun 1999 hingga 2004.

SHARE

Author: verified_user


0 komen: