Friday, 3 August 2018

Kumpulan Samun Geng Dek Tumpas Di Hulu Terengganu

SHARE
Mohd Adli


Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun ‘Geng Dek’ dengan penahanan empat anggota termasuk ketua bersama isterinya, dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Nibong, Hulu Telemong  dalam satu serbuan pada jam 5 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, tiga daripada anggota geng itu yang berumur antara 29 dan 37 tahun berasal dari sekitar daerah ini manakala seorang lagi dari Besut.

"Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dandikehendaki kerana disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes samun, pecah rumah dan ugutan jenayah di sekitar daerah ini pada Jun lalu.

“Dalam serbuan pada jam 5 pagi, Geng Dek yang baru dihidupkan semula itu selepas ketuanya Dek dibebaskan dari penjara awal tahun ini, cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu," katanya kepada pemberita di IPD Hulu Terengganu, semalam.

Mohd Adli berkata, hasil ujian air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah dan suspek wanita cuba merayu dengan alasan mengandung tiga bulan,

Beliau berkata, polis turut merampas lima telefon bimbit dan kereta Toyota Vios yang menggunakan nombor pendaftaran palsu, dipercayai kereta klon yang diseludup dari negara jiran.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: