Sunday, 12 August 2018

Kibaran Jalur Gemilang Lambang Keharmonian

SHARE
Ariffin Deraman menyampaikan ucapan aluan.


Kibaran bendera Jalur Gemilang di seluruh negara melambangkan kedaulatan, kestabilan dan keharmonian negara kita.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, galakan untuk mengibarkan Jalur Gemilang perlu ditingkatkan di setiap  jabatan agar dapat menanam patriotisme dan cintakan negara yang berterusan.

"Aktiviti ini terbukti sangat penting kerana meskipun telah berlaku perubahan pentadbiran diperingkat negeri dan negara, usaha melahirkan cinta kepada negara perlu diteruskan.

Ariffin bersama Adun Bukit Payung, Mohd Nor dan Adun Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini.

"Ia bukan sahaja dapat menyuntik semangat rakyat untuk cintakan negara tetapi menjadi mekanisma mengeratkan hubungan kaum di negara ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pagi ini.

Beliau turut meminta semua pihak mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan kediaman masing-masing sebagai lambang muafakat dan semangat muhibah terutama di Terengganu.

Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri bermula hari ini (12 Ogos) dirasmikan oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhta.


Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.





SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: