Thursday, 23 August 2018

Kesibukan Tak Halang Jumpa Rakyat

SHARE
Dr Ahmad Samsuri (berdiri, tengah) menyaksikan seekor lembu disembelih di Rhu Muda Marang.

KUALA TERENGGANU - Kebanyakan kepimpinan Negeri Terengganu mempunyai jadual ketat sejak PAS mengambilalih kerajaan dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama dengan penduduk setempat dalam Program Korban Perdana di Dataran Pemuda, Hadapan Masjid Rhu Muda, Marang, 23 Ogos.

Beliau menjawab soalan Media berhubung dengan isu pembatalan Projek ECRL oleh Kerajaan Pusat di majlis tersebut.

Ustaz Wan Sukairi


Sementara Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO Negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah meninggalkan tradisi berhari raya Idul Adha di luar negara dengan menumpukan tugas dalam negeri menyantuni rakyat dan permasalahan mereka.

"Lima tahun berturut-turut dari tahun 2013 hingga 2017, saya berhari raya di serata tempat termasuk di Sudan menyantuni pelarian-pelarian Islam di Kem-kem pelarian di seluruh Sudan dengan daging-daging lembu atau khoruf Qorban serta Aqiqah.

"Tahun ini saya berhari raya di Terengganu saja. Komitmen tugasan baru membatasi aktiviti kemanusiaan saya bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) tahun ini, " tulisnya dalam status Facebook beliau semalam.

Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam membayangkan wajah-wajah pelarian yang kegembiraan menerima sumbangan daging dari rakyat Malaysia.

"Masih jelas kelihatan raut wajah pelarian yang bergembira dengan sumbangan  daging yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang mencecah hingga 750 ekor lembu setiap tahun. Mereka hanya menikmatinya semasa Idil Adha.

"Saya mengambil semangat dan kenangan itu dengan memakai Jubah Sudan (Gambar) hari raya ini pemberian rakyat Sudan tempohari, " ujarnya.

Beliau mngharapkan agar dapat kembali semula ke Sudan satu hari nanti.

"Semoga mereka juga sentiasa tabah, " katanya lagi.

Dato' Tengku Hassan (tengah) dan Dato' Wan Hisham (kanan) ketika mengerjakan haji di Makkah.

Dalam pada itu,  Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri,  Dao' Tengku Hassan Tengku Omar,  mengerjakan haji di Makkah Al-Mukarramah tahun ini.

Beliau kelihatan bersama bekas calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang,  Dato' Wan Hisham Wan Salleh yang pernah bertanding dalam PRU12 menggambarkan bahawa perbezaan fahaman politik tidak menghalang untuk bersua dan bermesra. 
SHARE

Author: verified_user


0 komen: