Sunday, 5 August 2018

Kerja Berpasukan Mestilah Bersifat Rabbani

SHARE
Oleh: Aziz Hambali


Gerak kerja berpasukan harus didasari dengan hubungan ikatan yang teguh di antara rakyat, pemimpin dan Tuhan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, golongan munafik sentiasa mengambil peluang untuk menghancurkan ikatan mukmin. Justeru, umat Islam harus menjaga hubungan supaya tidak mudah untuk dirungkai ikatan oleh musuh Islam.

"Hindari sifat kufur nikmat Tuhan. Kita diberi jawatan untuk bekerja mengabdikan diri kepada pencipta. Kita diuji sedikit ujian dengan jawatan yang dikurniakan Tuhan untuk menguji keimanan dan keikhlasan", ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Liqa' Fikri PAS Kawasan Marang di Dewan Pejabat PAS Kawasan Marang, Kampung Rusila semalam.

Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung berharap supaya semua yang dilantik menjadi ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dapat menggalas tugas dengan sebaiknya, katanya. 

"Bekerjalah dalam pasukan yang bercirikan sifat rabbani. Kita juga harus melihat orang lain dengan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan berusaha menghulurkan bantuan,” tegasnya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: