Friday, 17 August 2018

Kerajaan Selesai Masalah Kesesakan Hospital

SHARE
Dr Alias Razak ditemui pemberita selepas lawatan ke booth. Foto - Harish Fadzillah

Oleh: Atiyyah Sakinah

KUALA TERENGGANU - Kerajaan bertekad menyelesaikan masalah kesesakan yang dialami oleh pihak hospital di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan sedang membina tiga buah hospital untuk mengatasi masalah tersebut.

"Pertama Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), kedua Hospital Dungun dan ketiga Hospital Kemaman.

"Ini adalah antara rancangan kerajaan untuk mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Terbuka Hospital Sultanah NurZahirah) HSNZ di Batu Buruk, pada Khamis 16 Ogos.


Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak HSNZ yang berjaya menganjurkan program seumpama ini.

"Hari Terbuka HSNZ bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan-perkhidmatan terkini yang terdapat di hospital…… supaya tidak timbul salah faham di antara orang ramai dengan pihak hospital.

“Kadang-kadang ada yang tidak faham akan keadaan dan tekanan kerja yang dihadapi oleh pihak hospital. Sedikit sebanyak terdapat komen-komen negatif yang dilemparkan oleh masyarakat.

"Justeru, perkara yang berlaku ini amat tidak sihat dalam aspek hubungan antara hospital dengan orang awam,” ujarnya.


Sementara itu, Dr Alias Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kes ‘Hand Foot Mouth Disease’ (HFMD) menunjukkan sedikit peningkatan di Terengganu.

“Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan negeri cukup agresif membuat penerangan dan pemeriksaan,” katanya.


Justeru katanya, akan diadakan pemeriksaan terutama pusat asuhan kanak-kanak (TASKA) di setiap daerah.

Ia adalah kerana katanya, ramai di kalangan kanak-kanak yang dikesan dijangkiti ‘virus’ tersebut.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: