Wednesday, 15 August 2018

Kerajaan Terengganu Lindungi Warisan Asli

SHARE
Dr Ahmad Samsuri berucap pada sidang media hari ini. Foto - Syaiful Mustafa

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu komited dalam melindungi warisan asli alam semula jadi yang terdapat dalam negeri pantai timur itu.

Justeru, kerajaan negeri telah mengistiharkan satu kawasan seluas  10, 386 hektar tanah bagi fasa pertama daripada keluasan sebenar 15,000 hektar di Setiu Wetland, sebagai Taman Negeri.


Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengisytiharan itu melambangkan sebahagian usaha dan komitmen kerajaan negeri.

“Asas pewartaan taman  negeri ini akan mengambil kira beberapa faktor utama (antaranya) kawasan tadahan air  yang penting dalam menyumbang kepada pengurangan risiko kesan banjir di Terengganu.

“Pada masa yang sama kita mengharapkan dengan adanya taman negeri ini  akan membantu  pemeliharaan kawasan tadahan air  yang menyumbang kepada  sumber elektrik  dan sumber air bersih untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman pada hari ini, Rabu 15 Ogos.

Katanya, kawasan taman itu bertujuan untuk pemeliharaan pelbagai flora dan fauna termasuk spesies haiwan yang terancam.

Antaranya kata beliau, seperti gajah asia (elephas maximus), Tapir Malaysia (tapirus indicus) dan Harimau Malaya ( Panthera Tigris ) di Kenyir  serta tuntung laut (Callagur Borneoensis)dan penyu agar ( Che lonia mydas) di Setiu, sudah dikenal pasti.


Tambah beliau, kawasan tersebut disasarkan menjadi kawasan burung penting dan 'bird life international' dengan 291 spesies burung dalam sempadannya serta terdapat sembilan spesies  burung enggang, boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Lawit Cenana.

“Majlis pengurusan Taman Negeri Terengganu telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan taman ini.

“Ianya juga akan bertanggungjawab mengawal serta menguruskan taman negeri termasuk memastikan pihak bank berkepentingan dalam industri Eco pelancongan dijaga dengan baik dan teratur, terutama penduduk sekitar setempat,” jelasnya.

Turut bersama Dr Ahmad Samsuri, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.

Menurutnya, majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil daripada agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: