Monday, 6 August 2018

Kerajaan Terengganu Komited Pembangunan Industri Minyak dan Gas

SHARE

Perjalanan industri minyak dan gas di Terengganu membuktikan komitmen kerajaan negeri kepada kemajuan industri.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, beliau merakamkan setinggi penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar atas lawatan rasmi Loji Petronas Wilayah Timur.

"Kami bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri dalam usaha memahami  perjalanan operasi petronas terutamanya di kertih. 

“Kami juga berharap ianya sebagai satu langkah kepada kerjasama erat di antara Petronas dan Kerajaan negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan taklimat korporat di tapak loji Petronas Wilayah Timur, Kerteh semalam.

Dato’ Tengku Hassan berkata, kunjungan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan industri minyak dan gas memberi kesan yang positif kepada rakyat tempatan khususnya di Terengganu.

“Kerajaan negeri mempunyai hubungan kerja dengan pihak Petronas melalui jawatankuasa kerja khas (JWC) di antara petronas dan kerajaan negeri bagi membincangkan perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Selain daripada itu, pihak kerajaan negeri juga mewujudkan empat lagi jawatankuasa kecil sebagai satu usaha untuk meningkatkan keberkesanan kerjasama tersebut.


Turut hadir, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ahmad Azmi Md Salleh, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Zulkifli Ali, Pengurus Kanan Koprat Unit Ekonomi Negeri, Azman Ghani, Penolong Setiausaha Kerajaan, Nik Fahmi Nik Nordin, Penolong Pegawai Kanan Industri dan Pelaburan, Tengku Mohamad Hafiz Tengku Hashim Badli dan wakil daripada Malaysia Investment Development Authority Terengganu.

Terdapat dua taklimat iaitu taklimat koprat yang disampaikan oleh Wan Mohd Hasnan Abdullah dan taklimat operasi disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zamri Jaafar.




SHARE

Author: verified_user

0 komen: