Tuesday, 14 August 2018

Kerajaan Tanggung Kos Naikkan Bot Karam

SHARE

Gambar : Abu Ubaidah Mohd Noor

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri akan menanggung sebahagian kos untuk menaikkan bot seorang nelayan kelas B, Wan Zakaria Wan Abdullah yang karam empat hari lalu, di Pulau Duyung, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan memutuskan demikian bagi membantu meringankan beban nelayan terbabit yang perlu meneruskan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber rezeki.


“Kita akan cuba bincang dari segi kos sewaan kren dan tongkang serta tengok skop bantuan yang boleh membantu meringankan sebahagian daripada beban yang ditanggung oleh tuan punya bot.

“Keadaan ini menjadi rumit sebab sebenarnya bot nelayan yang ditambat di Marina Pulau Duyung bukan berada di bawah selian Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat jeti di tempat kejadian  di bot tersebut tenggelam kelmarin (12 Ogos).



Katanya, jeti yang dibina ketika kejohanan Piala Monsun sebelum ini, tidak digazetkan menjadi pengkalan kepada bot nelayan dan tidak berdaftar, selain menjadi tempat simpanan bot yang ditahan oleh Jabatan Perikanan.

"Kita tengok tidak ada satu penyeliaan dan penjagaan apabila pukat diletakkan merata-rata dan beban berat serta saiz bot yang ditambat melebihi kemampuan jeti ini," jelasnya.


“InsyaAllah isu ini kita akan ambil  perhatian serius untuk dibawa ke atas bagaimana kita nak manfaatkan kesan tinggalan Monsoon Cup supaya ia jadi lebih tersusun dan sekurang kurangnya ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab  ke atas jeti  ini,” ujar beliau.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: