Monday, 20 August 2018

Kerajaan Negeri Serius Tangani Isu Pengangkutan Awam

SHARE

Oleh: Ahmad Syahid Adnan

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri serius untuk menangani isu berkaitan masalah pengangkutan di Terengganu pada masa kini.

Kesepakatan itu diambil menerusi perbincangan bersama Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh dan Ir Saiful Azmi Suhaili bagi menyelesaikan masalah berkenaan sebelum persidangan mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 27 Ogos ini.

Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata, perjumpaan ini banyak membincangkan masalah pengangkutan awam yang dihadapi di Terengganu.

"Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk meneliti masalah-masalah dan hal berbangkit yang dihadapi dalam pengangkutan awam di Terengganu, selain langkah awal dan perancangan jangka panjang yang boleh diambil bagi menyelesaikannya untuk kepentingan rakyat Terengganu, selain persiapab menghadiri Mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Pengangkutan Awam di Wisma Darul Iman, di sini.



Menurut Dr Mamad, semua pihak perlu memberikan komitmen dalam menyelesaikan segala masalah yang berbangkit, terutama melibatkan pengangkutan awam dan infrastruktur berkaitan sejajar dengan perkembangan dan kepesatan bidang itu di negara ini.

"Saya berharap agar kita dapat bekerjasama dalam menyelesaikan isu-isu yang dinyatakan", tambahnya.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: