Saturday, 4 August 2018

Kerajaan Bangunkan Sekolah Menengah Agama Setiap Parlimen

SHARE
Maliaman berucap di majlis penutup.

Kerajaan negeri akan berusaha mewujudkan satu sekolah menengah agama bagi setiap parlimen sebagaimana terkandung dalam Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Maliaman Kassim berkata, selain itu kerajaan negeri turut mensasarkan penubuhan sekolah rendah agama untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang diasaskan PAS membawa asas pendidikan bertunjangkan ukhrawi yang mana telah mendapat kepercayaan ibu bapa pada masa kini.

"Besar harapan pendidikan berasaskan dunia akhirat ini berterusan dengan wujudnya sekolah rendah agama," katanya.

Beliau yang juga ADUN Ajil, berhasrat ingin menjadikan DUN itu sebagai tapak mula sekolah rendah agama di bawah penyeliaan kerajaan negeri.

"Kerajaan menyasarkan kewujudan satu sekolah rendah agama di Hulu Terengganu pada 2019. 

"Oleh itu, saya berusaha untuk menjadikan Ajil sebagai lokasi pertama bagi daerah ini," katanya ketika berucap dalam majlis penutup program Alam Ria Pasti Daerah Hulu Terengganu di Dewan Sivik, Ajil, Huli Terengganu, hari ini.
Kalam Jamaie antara yang dipertandingkan.
Pelbagai acara dipertandingkan dalam program itu seperti nasyid, Kalam Jamaie, pertandingan brcerita, bacaan khutbah, azan, sajak dan pidato.

Seramai 136 peserta daripada empat DUN  iaitu Ajil, Kuala Berang, Manir dan Telemong memeriahkan program anjuran Jabatan Pasti Hulu Terengganu itu.

Johan nasyid akan mewakili Hulu Terengganu.


SHARE

Author: verified_user

0 komen: