Sunday, 12 August 2018

Kemasik Jadi Destinasi Singgah Kembara

SHARE

Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018  menyerlahkan rasa 'kekitaan' dan kebanggaan terhadap negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata, program yang turut singgah di DUN itu juga menyerlahkan semangat patriotik dan  kemerdekaan yang tertanam dalam diri rakyat.

"Ini merupakan program bersama kerana kita rakyat Malaysia dan kita bersatu hati.

“Pada masa sama, menerusi kembara ini, Dun Kemasik dapat menonjolkan tempat menarik iaitu Pantai Kerteh dan Pantai Kemasik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan peserta kembara anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dataran Uptown Kemasik, semalam.



Ketibaan peserta disambut meriah dengan kibaran Jalur Gemilang oleh Saiful Azmi serta komuniti setempat.

Saiful turut menyempurnakan majlis pelepasan program menuju ke Geliga.




SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: