Saturday, 25 August 2018

Jenazah Dua Mangsa Lemas Dituntut Keluarga

SHARE
Saudara mara dan rakan handai berkumpul di Unit Forensik untuk proses menuntut jenazah.
KEMAMAN - Jenazah dua sahabat yang lemas ketika mandi-manda di Pantai Teluk Kalong telah dituntut oleh ahli keluarga masing-masing tengahari tadi. 

Jenazah Ahmad Daniel Firdaus Zubir dan Khairil Ikmal Danial Zamzuraidi dituntut oleh keluarga pada jam 2.00  dan 3.00 petang selepas selesai proses memandi dan mengafankan jenazah di Unit Forensik Hospital Kemaman.

Suasana pilu dapat dilihat apabila lebih tiga ratus orang ahli keluarga dan sahabat handai dari kedua - dua belah keluarga hadir untuk melawat jenazah dan turut melakukan solat jenazah.

 Zamzuradi Othman

Bapa arwah Khairil Ikmal,  Zamzuradi Othman, 46, berkata dia yang mewakili semua keluarga mangsa berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehingga kesemua mangsa dan anaknya ditemui. 

Katanya,  hatinya sangat risau selepas pasukan mencari dan menyelamat menemui jenazah anaknya,  kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. 

"Sepanjang pencarian itu,  saya sangat risau dan berdoa serta mengadakan solat hajat agar anak segera ditemui dan mayatnya tidak keluar ke tengah laut. 

Saya bersyukur arwah ditemui dan saya berpuas hati apabila mendapati jenazah anak saya itu ditemui dalam keadaan baik," katanya. 

Jenazah kedua - dua sahabat itu ditemui pagi tadi  pada jam 5.30 dan 9.45 pagi ketika operasi pencarian dilakukan oleh pasukan mencari dan menyelamat di sepanjang kawasan pantai tersebut.

Jenazah Khairil Kkmal Danial Zamzuraidi di bawa untuk disemadikan.
Jenazah Khairil Ikmal Danial Zamzuraidi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kemaman dan jenazah  Ahmad Daniel Firdaus Zubir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Mentok.

Dalam kejadian pada khamis lalu , ketiga - tiga sahabat tersebut lemas selepas dihanyutkan ombak  ketika sedang mandi - manda bersama empat sahabat yang lain.

Mayat Shahir Aqil Sharun telah ditemui kira - kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pagi Jumaat manakala mayat Ahmad Daniel Firdaus Zubir   telah ditemui pada Sabtu pada jarak 100 meter dari lokasi mangsa pertama dan mayat Khairul Ikmal Danial Zamzuradi  ditemui pada jarak 2.1 kilometer dari lokasi kejadian.
SHARE

Author: verified_user

TUHAN TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB HAMBANYA KECUALI HAMBANYA BERUSAHA UNTUK MENGUBAH DIRINYA SENDIRI

0 komen: