Friday, 10 August 2018

Jangan 'Cantas-Mencantas'

SHARE
Alias Harun menyampaikan sumbangan kepada penerima.
Oleh: Nooreini Abu Bakar

‘Focus Group’ yang bertanggungjawab meneliti dan meluluskan permohonan E-Kasih harus bersikap telus dengan membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira fahaman politik.

Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Sosial, Cikgu Alias Harun berkata, hal ini perlu diberi perhatian serius agar tidak berlaku seperti sebelum ini, ‘cantas-mencantas’.

“Hanya penyokong parti tertentu sahaja diterima permohonan mereka dahulu, saya tegaskan kejadian ini tidak boleh berulang”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas selepas turun padang menziarahi pemilih E-Kasih di Gong Pasir dan Pinang Baru, di sini pada 7 Ogos.

Kali ini mereka telah meninjau tiga orang pemilih yang tersenarai, antaranya Mohd Zazali Hussin, 42 , pengusaha santan kecil-kecilan.

Keluarga Zazali yang terdiri daripada empat beranak dan empat orang adik iparnya tinggal sekali di rumah satu bilik di atas tanah rezab longkang, di Gong Pasir.

Menurut Cikgu Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, kumpulan ini telah turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang selama dua hari iaitu pada 6 dan 7 Ogos untuk mengambil maklumat berkaitan bantuan yang dipohon melalui senarai E-Kasih.

‘Focus Group’ terdiri daripada wakil-wakil Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Pejabat Agama Daerah Dungun, Pejabat Daerah Dungun dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Dungun.
SHARE

Penulis: verified_user

0 komen: