Friday, 3 August 2018

J3K Ditukar Kepada MPKK

SHARE
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun lalu dan syor Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar diselaraskan penggunaan nama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi semua negeri maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kelmarin (1 Ogos) memutuskan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dipinda kepada nama baharu itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, J3K seluruh Terengganu akan mengguna pakai nama baru MPKK dengan surat pemakluman mengenainya dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kepada semua Pegawai Daerah mulai semalam.

"Penggunaan nama MPKK ini perlu supaya berlaku penyelarasan dalam urusan berkaitan pengurusan kampung antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat dalam urusan penyaluran peruntukan serta hal-hal pentadbiran lain.

"MMKN juga menerima maklum akan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bahawa perlantikan MPKK adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan semua JKKK Persekutuan (JKKKP) dimansuhkan," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media, kelmarin.

Menurut Dr Azman, dengan pertukaran nama itu, bermakna tiada pertindihan fungsi antara negeri dan Pusat dalam hal pengurusan kampung.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: