Sunday, 19 August 2018

J3K Belum Serah Baucer Dana Remaja

SHARE


Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN -  Jawatankuasa Kerja Kampung (J3K) sebelum ini yang dikatakan gagal mengembalikan Baucer Dana Bakti Remaja ke pejabat daerah menyebabkan remaja yang teresenarai menerima bantuan itu gagal menuntutnya walaupun mereka hadir pada tarikh ditetapkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun yang mendedahkan perkara itu, berharap isu itu dapat diselesaikan segera menerusi pejabat daerah sekali gus meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

“Kita berharap penerima dapat menuntut apa yang diperuntukkan kepada mereka dan dapat mengurangkan bebanan untuk menampung perbelanjaan semasa,” ujar beliau ketika mengulas mengenai pengagihan Dana Bakti Remaja di Pejabat Daerah Dungun, di sini, semalam (16 Ogos).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu juga menyeru remaja yang tersenarai  tetapi masih belum berbuat demikian, segeralah menuntutnya pada 20 Ogos nanti.

“Selepas itu baucer-baucer tersebut akan dikembalikan ke Jabatan Kewangan Negeri, " katanya lagi.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: