Friday, 17 August 2018

Inisiatif ‘Peduli’ Ibu Tunggal

SHARE
Haji Yahaya Ali berucap dalam majlis taklimat tersebut.
Oleh: Aslam Wira

MARANG - Kerajaan negeri mengambil berat kebajikan ibu tunggal dengan bantuan yang disalurkan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).

Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, YPKT ialah institusi dan penghubung kepada golongan ibu tunggal.

”Saya sangat menggalakkan supaya program berkaitan pendidikan dan tarbiyah diadakan secara berterusan supaya dapat meningkatkan kesedaran dalam institusi keluarga.

“Dalam konteks kerajaan yang baru, jika mahukan masyarakat yang bahagia, kita perlu memilih pemimpin yang adil yang boleh memikul tanggungjawab sosial, boleh menjadi ketua kepada masyarakat dan perhatian yang sama rata terutamanya kepada golongan 'Mustad’afin'.

"Ianya bertujuan supaya negeri yang aman, makmur dan sejahtera dapat direalisasikan," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Taklimat Program Jaya Diri Ibu Tunggal di Dewan Tok Guru, semalam Khamis, 16 Ogos.


Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Terengganu turut mengucapkan tahniah kepada YPKT di atas program yang dijalankan.

Sementara itu, Pegawai YPKT Daerah Marang, Halim Mohamad berkata, bilangan ibu tunggal di dalam DUN Rhu Rendang ialah seramai 1,604 orang
Menurut beliau, terdapat Kelab Ibu Tunggal di bawah naungan pejabat YPKT di setiap DUN.

Beliau menekankan supaya ibu tunggal dapat melibatkan diri di dalam kelab tersebut bagi mengikuti program atau khusus yang dianjurkan YPKT.

“Program ini bertujuan untuk membantu golongan ibu tunggal di Terengganu khususnya di Marang.


YPKT telah mencari inisiatif seperti mengadakan program dan kursus berkaitan ibu tunggal seperti nenjahit untuk golongan ibu, program warga emas, program potensi diri untuk belia dan beliawanis khususnya anak-anak ibu tunggal,” jelas beliau.

Turut hadir, Penolong Pengarah Sektor Ekonomi YPKT, Kamarul Zaman Ahmad.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: