Friday, 24 August 2018

Ibadah Qurban PERKIM Bersama Ustaz Ariffin Deraman

SHARE
Ustaz Ariffin Deraman (tiga dari kanan) menyembelih lembu korban.
Oleh: Ahmad Fadhilah

KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Terengganu telah menjalani ibadah qurban bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.

Penolong Pegawai PERKIM, Rosnaliza Ahmadiah berkata,sebanyak 5 ekor lembu berjaya disembelih oleh Ustaz Ariffin Deraman.


"Sebahagian daging qurban akan diserahkan kepada PERKIM untuk agihan manakala sebahagian daging qurban lagi adalah hak milik persendirian.

"Di samping itu juga, majlis ibadah qurban ini merupakan acara tahunan bagi PERKIM," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu Program Korban PERKIM di perkarangan Pejabat PERKIM, semalam (23 Ogos).


Lebih 100 orang hadir dalam program ibadah qurban PERKIM. Antaranya ialah petugas PERKIM, mualaf, sukarelawan PERKIM dan juga penduduk setempat.

Pada Sabtu ini, 25 Ogos 2018, PERKIM dengan kerjasama cawangan Kampung Baharu Serada akan menyempurnakan ibadah qurban sekali lagi di Kampung Baharu Serada dengan binatang korban sebanyak 5 ekor lembu.

SHARE

Author: verified_user

0 komen: