Thursday, 23 August 2018

Ibadah Korban Menjaga Hubungan Sesama Insan

SHARE


Oleh:Norekwan Mamat

HULU BESUT- Ibadah korban amalan yang sangat dituntut dalam Islam bertujuan mendekatkan diri pada Allah bermula pada hari Adiladha iaitu 10 Zulhijah dan tiga hari tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Pegawai Penyelaras Ustaz Mat Daik Mohamad berkata “ Ia tidak hanya memupuk semangat pengorbanan dalam diri, bahkan juaga hubungan sesama insan dalam masyarakat”.

Katanya, ibadah korban memberi peluang terbaik untuk kita berkongsi nikmat dengan orang lain.

“Malah, hikmah korban termasuk memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daging korban kepada golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata ketika selesai upacara korban di pondok Ubudiyyah kampung Pasir Akar. sebanyak empat ekor lembu dikorbankan untuk adiladha tahun ini.Beliau merupakan pengasas mundir di pondok tersebut.
SHARE

Author: verified_user

0 komen: